JOM ikut kami, stok murah, keluarga sihat, duit dapat

JOM ikut kami, stok murah, keluarga sihat, duit dapat
jangan malu untuk hubungi kami anda pasti gembira, semoga sukses

Thursday 22 January 2015

Apa kata MARDI tentang Stevia

Penyelidikan MARDI terhadap stevia


Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih. Di Malaysia pula, kaedah menanam secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.

Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar. Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam).

Teras penyelidikan MARDI ketika ini adalah untuk memilih varieti yang lebih sesuai dengan iklim tempatan, iaitu kurang peka terhadap jangka siang yang pendek, dan juga mereka bentuk mesin untuk penuaian hasil. Buat masa ini, aktiviti menuai dibuat secara manual kerana pokok ini amat rendah. Keadaan ini boleh melenguh tulang belakang penuai terlibat.

Untuk mendapatkan kandungan maksimum bahan pemanis di dalam daun, penuaian dilakukan sebaik sahaja kudup bunga kelihatan. Bilangan tuaian boleh mencapai 10-11 kali setahun bergantung kepada pertumbuhan pokok.



SOALAN


1) Adakah penanaman stevia ini akan menjadi tanaman yang penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang?
2) Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersialkan?
3) Bila Mardi selesai melakukan penyelidikan dan kajian terhadap tanaman ini sebelum benar-benar boleh diceburi secara komersial di Malaysia?


JAWAPAN

blogmardi said:
October 13, 2011 at 12:12 AM

Terima kasih atas pertanyaan Tuan.

Adakah penanaman stevia ini akan menjadi tanaman yang penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang?

Stevia memang dijangka akan menjadi satu tanaman penting dan popular di Malaysia pada masa akan datang kepada sebilangan penggemar pemanis semulajadi terutamanya kepada meraka yang mengutamakan isu kesihatan yang berkaitan dengan pemanis. Stevia adalah satu tanaman pemanis semulajadi yang tiada kalori dan dilaporkan sangat baik untuk pengidap penyakit kencing manis.

Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersilkan?
Potensi untuk mengkomersilkan tanaman stevia perlu dilihat dari dua aspek iaitu teknikal dan ekonomi. Dari segi teknikal, tanaman ini boleh diusahakan di Malaysia dan hasilnya boleh melebihi aras hasil stevia yang ditanam di luar negara. Namun begitu aras pemanisnya adalah rendah daripada yang diperoleh dari sumber luar negara.

Dari segi ekonomi, pengkomersilan stevia masih memerlukan pertimbangan yang wajar. Tanaman stevia di negara ini memerlukan tenaga buruh yang tinggi terutamanya untuk operasi mengutip hasil. Apabila harga jualan (pengusaha) atau harga belian (oleh pembeli) adalah rendah, maka aras titik pulang modal akan memerlukan masa yang lama.

Bila MARDI selesai melakukan penyelidikan dan kajian terhadap tanaman ini sebelum benar‐benar boleh diceburi secara komersil di Malaysia?

Penyelidikan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Titik permulaan ke arah pengkomersilan sebenar tanaman stevia ialah apabila telah mendapat satu vareiti yang tidak peka kepada ‘photoperiod’. Setakat ini, semua vareiti yang diperoleh dari luar negara dan diuji di dalam negara adalah sensitif kepada ‘photoperiod’. Usaha yang berterusan sedang dan akan terus dilakukan untuk mencari jenis yang tidak sensitif kepada ‘photoperiod’. Sehingga kini, usaha menggunakan hormon dan cahaya tambahan menggunakan lampu waktu malam untuk melewatkan pembungaan stevia masih belum menunjukkan kesan yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment